Tuesday, 10 September 2019

“Terapi Melukis” sempena Bulan Psikologi Kaunseling 2019


 PENGENALAN


  •       Pada tahun ini, sempena Sambutan Bulan Psikologi Kaunseling bertemakan “Membawa Perkhidmatan Kaunseling Kepada Komuniti”. Oleh itu, Unit Psikologi Kaunseling JKWPKL&P merancang mengadakan program dan aktiviti komuniti untuk merealisasikan Sambutan bulan Psikologi Kaunseling di peringkat JKWPKL&P
  •                    Aktiviti-aktiviti komuniti dijalankan bagi memperkenalkan serta menyebarluaskan kesedaran komuniti berkenaan kepentingan perkhidmatan Psikologi Kaunseling di Hospital dan juga di Klinik Kesihatan JKWPKL&P.

  •          Aktiviti komuniti mefokus kepentingan ilmu Psikologi Kaunseling terutamanya pendekatan “Terapi Seni” yang fokus “Terapi Melukis” yang merapatkan hubungan kalangan pegawai psikologi dan komuniti.

   OBJEKTIF

       Objektif aktiviti komuniti “Terapi Melukis”  sempena Bulan Psikologi Kaunseling  ini diadakan adalah seperti berikut:-

1.      Memupuk budaya dan kepentingan Psikologi Kaunseling untuk komuniti dari aspek kesihatan mental dalam kalangan Pegawai Psikologi JKWPKL&P.

2.  Melahirkan individu yang sentiasa empati, prihatin dan bersedia membantu masyarakat setempat di kawasan JKWPKL&P.

3.      Memperkenalkan Expressive Art Therapy (Terapi Lukis) sebagai satu kaedah dalam meneroka dan meluahkan emosi.

4.   Memberi pendedahan dan pengalaman kepada kaki tangan JKWPKL&P tentang  “Terapi Melukis” dan cara membantu komuniti melegakan emosi dihadapi melalui “Terapi Melukis”.

5.      Mempromosi kepentingan perkhidmatan Psikologi Kaunseling kepada komuniti untuk mencapaikan kesejahteraan emosi pada setiap lapisan masyarakat.


 KUMPULAN SASARAN

        Kumpulan sasaran untuk komuniti di salah satu tempat dipilih iaitu Klinik Kesihatan Presint 9 dan JKWPKL&P menyertai aktiviti ini terdiri daripada masyarakat setempat dalam kawasan JKWPKL&P.

TEMPAT
Gelanggang Badminton dalam Klinik Kesihatan Presint 9 & Foyer JKWPKL&P

 TARIKH
10 & 24 September (Selasa)

 MASA
9.00pagi hingga 4.00 Petang

 BILANGAN KOMUNITI TERLIBAT
99 peserta komuniti terlibat

 AKTIVITI
Beberapa aktiviti dijalankan sepanjang dua hari program dijalankan. Aktiviti seperti melukis bersama secara kelompok kalangan komuniti. Warga komuniti diminta melukis “Terapi Melukis” berbentuk “Hope” untuk memberi gambaran secara seni tentang harapan mereka di masa depan.

 REFLEKSI PERASAAN
Pegawai psikologi JKWPKL&P berasa bersemangat dan bangga kerana dapat memulakan aktiviti Psikologi seperti “Terapi Seni” yang belum diceburi oleh mana-mana pegawai psikologi dalam kalangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai psikologi mempercayai bahawa aktiviti “Terapi Seni” merupakan langkah pertama mendekati komuniti dan memperkenalkan “Terapi Seni” sebagai terapi untuk memahami emosi dan isu dihadapi oleh komuniti.

GAMBAR




khusyuk Tuan Pengarah melukis. hehe