PENGENALAN
- Pada tahun ini, sempena Sambutan Bulan
Psikologi Kaunseling bertemakan “Membawa Perkhidmatan Kaunseling Kepada Komuniti”.
Oleh itu, Unit Psikologi Kaunseling JKWPKL&P merancang mengadakan program
dan aktiviti komuniti untuk merealisasikan Sambutan bulan Psikologi Kaunseling di
peringkat JKWPKL&P
- Aktiviti-aktiviti komuniti dijalankan bagi memperkenalkan
serta menyebarluaskan kesedaran komuniti berkenaan kepentingan perkhidmatan
Psikologi Kaunseling di Hospital dan juga di Klinik Kesihatan JKWPKL&P.
- Aktiviti komuniti mefokus
kepentingan ilmu Psikologi Kaunseling terutamanya pendekatan “Terapi Seni” yang
fokus “Terapi Melukis” yang merapatkan hubungan kalangan pegawai psikologi dan
komuniti.
OBJEKTIF
Objektif aktiviti komuniti “Terapi Melukis” sempena
Bulan Psikologi Kaunseling ini diadakan adalah seperti berikut:-
1.
Memupuk budaya dan kepentingan Psikologi Kaunseling untuk
komuniti dari aspek kesihatan mental dalam kalangan Pegawai Psikologi
JKWPKL&P.
2. Melahirkan individu yang sentiasa
empati, prihatin dan bersedia membantu masyarakat setempat di kawasan
JKWPKL&P.
3.
Memperkenalkan Expressive Art Therapy (Terapi Lukis) sebagai satu kaedah dalam meneroka dan meluahkan emosi.
4. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada kaki tangan JKWPKL&P tentang “Terapi
Melukis” dan cara membantu komuniti melegakan emosi dihadapi melalui “Terapi Melukis”.
5.
Mempromosi kepentingan perkhidmatan Psikologi Kaunseling
kepada komuniti untuk mencapaikan kesejahteraan emosi pada setiap lapisan
masyarakat.
KUMPULAN
SASARAN
Kumpulan sasaran untuk komuniti di
salah satu tempat dipilih iaitu Klinik Kesihatan Presint 9 dan JKWPKL&P menyertai
aktiviti ini terdiri daripada masyarakat setempat dalam kawasan JKWPKL&P.
TEMPAT
Gelanggang Badminton dalam Klinik
Kesihatan Presint 9 & Foyer JKWPKL&P
TARIKH
10 & 24 September (Selasa)
MASA
9.00pagi hingga 4.00 Petang
BILANGAN
KOMUNITI TERLIBAT
99 peserta komuniti
terlibat
AKTIVITI
Beberapa aktiviti
dijalankan sepanjang dua hari program dijalankan. Aktiviti seperti melukis
bersama secara kelompok kalangan komuniti. Warga komuniti diminta melukis “Terapi
Melukis” berbentuk “Hope” untuk memberi gambaran secara seni tentang harapan
mereka di masa depan.
REFLEKSI
PERASAAN
Pegawai psikologi
JKWPKL&P berasa bersemangat dan bangga kerana dapat memulakan aktiviti
Psikologi seperti “Terapi Seni” yang belum diceburi oleh mana-mana pegawai
psikologi dalam kalangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pegawai psikologi
mempercayai bahawa aktiviti “Terapi Seni” merupakan langkah pertama mendekati
komuniti dan memperkenalkan “Terapi Seni” sebagai terapi untuk memahami emosi
dan isu dihadapi oleh komuniti.
khusyuk Tuan Pengarah melukis. hehe